Selangor FC buru prospek muda dari Akademi Malaga City
Selangor FC dilihat terus rancak melakukan pembanggunan ubi muda mereka untuk perkembangan bola sepak kelab itu apabila sudah memulakan langkah untuk memikat pemain muda Soleh Shukri yang kini sedang mengasah bakat bersama Akademi Malaga City FC yang berpangkalan di Sepanyol.
Soleh yang masih berusia 18 tahun itu dilihat sudah menjalani sesi latihan ringkas bersama pemain-pemain Selangor di pusat latihan The Red Giants semalam sebelum pulang kembali ke Sepanyol.
Pemain kelahiran Terengganu itu menyertai akademi tersebut selama setahun bermula dari hujung tahun lalu dan bakal tamat pada tahun ini.
Kelab dari Lembah Klang itu juga dijangkakan bakal menjadi medan untuk beliau meneruskan kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional setelah pulang semula ke Malaysia nanti dalam misi meneruskan kariernya sebagai pemain bola sepak.
Tambahan pula, kehadiran beliau dengan penggalaman bermain di akademi itu semestinya bakal menjadi prospek berharga buat pasukan Merah Kuning sekiranya dapat memiliki pemain tersebut untuk terus meningkatkan perkembangan pemain muda mereka dalam jangka masa yang panjang.
Dengan adanya sesi latihan bersama pemain muda itu pasti pengendali Selangor iaitu Tan Cheng Hoe berpeluang untuk melihat sendiri kualiti dan gaya permainan pemain itu serta potensi yang ada sebelum diserap masuk dalam pasukannya di masa akan datang.
Akademi tersebut juga telah menjadi platfom serta destinasi buat pemain muda dari Malaysia meningkatkan potensi diri serta menambah penggalaman dalam bola sepak.
Antara pemain-pemain yang turut pernah menyertai akademi tersebut adalah seperti Allee Putra, Imran Abdul Rahman dan Saurav Singh.