Bijak gunakan isu semasa! Kreativiti PDRM FC di media sosial wajar jadi contoh terbaik

130

Walaupun masih dilabel sebagai pasukan baru dalam kancah Liga Super Malaysia musim ini, tetapi kreativiti kelab Polis Diraja Malaysia FC (PDRM) dilihat bijak dalam usaha untuk menarik perhatian para peminat mereka untuk terus menyokong kelab itu.

Hal ini kerana kelab tersebut mempunyai pengurusan laman media sosial rasmi yang kreatif serta inovatif dengan penggunaan konten yang mengaitkan isu semasa dengan bola sepak bagi meningkatkan lagi jumlah peminat kelab mereka secara tidak langsung.


Mempromosikan hari perlawanan khususnya dengan menggunakan kaedah yang dekat dengan kehidupan seharian masyarakat semestinya mampu meraih perhatian penggguna medium media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram untuk mendapatkan lebih banyak interaksi para peminat.

Inisiatif tersebut dilihat baik bagi mana-mana kelab bola sepak memandangkan PDRM juga tidak mewakili mana-mana sentimen negeri untuk dapat konsisten dalam melahirkan peminat baru mahupun sedia ada dalam terus menyokong kelab tersebut.

Langkah positif ini wajar dicontohi oleh kelab-kelab baru dalam Liga Malaysia yang mempunyai jumlah penyokong dalam skala yang kecil sekiranya ingin terus memikat hati penyokong baru untuk memberikan sokongan dengan menggunakan medium media sosial.

Pada masa yang sama, kreativiti ini juga mampu merancakkan lagi arena bola sepak negara dengan kepelbagaian jenis promosi untuk meningkatkan nilai populariti kelab dan sukan bola sepak sendiri.

Sekiranya langkah ini terus konsisten diteruskan oleh PDRM pasti akan dapat menarik jumlah peminat yang lebih besar pada masa akan datang justeru dapat membantu untuk meningkatkan jumlah penyokong yang akan hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan mereka.