ACL kali ini lebih sukar, kami bukan pasukan pilihan dan akan bergelut untuk dapatkan mata – Esteban Solari

515

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari menganggap pasukannya sebagai underdog dalam Kumpulan I AFC Champions League (ACL) musim ini.

Katanya, di atas kertas, ketiga-tiga pasukan lain iaitu Ulsan Hyundai, Kawasaki Frontale dan BG Pathum mempunyai kelebihan berbanding mereka.


“Walaupun JDT menghadapi kempen yang baik pada musim lalu, kali ini kita bakal berdepan dengan format yang lain, jadi bagi saya ia akan menjadi sukar buat kita.

Saya rasa pasukan-pasukan lain dalam kumpulan ini adalah pilihan dan kami akan bergelut untuk mendapatkan mata daripada mereka,”

katanya.

Menurut Solari, beliau mahu cuba menjadi juara Liga Super secepat mungkin supaya dapat memberi fokus kepada ACL.

Tambahnya, ia juga boleh memberi peluang buatnya melakukan penggiliran pemain dalam saingan domestik.

“Kita tahu kita akan menghadapi jadual yang padat pada hujung tahun jadi disebabkan itu kita mahu menamatkan saingan liga lebih awal.

Jika ia berlaku, kita mampu membuat penggiliran pemain, dan saya percaya kita mempunyai ramai pemain yang hebat.”

Mengenai pemain import yang akan digunakan dalam kejohanan itu, beliau masih belum memikirkan perkara tersebut dan percaya semua pemain import mempunyai kualiti untuk beraksi dalam kejohanan itu.