Pada peringkat umur sekarang ini saya yakin pemain saya mampu bersaing dengan pasukan dari negara Eropah – Tengku Nana

1,680

Pemilik kelab TSS Selangor, Tengku Shakirinal Sulaiman Shah merasakan penting buat pasukannya untuk bermain dalam banyak kejohanan yang berprestif untuk menguji kekuatan pasukan sendiri selain mampu memberikan perkembangan yang positif kepada para pemain.

“Bagi saya lebih banyak mereka perlawanan yang mereka perlu hadapi terutamanya dalam kejohanan yang mempunyai standard yang tinggi adalah lebih bagus untuk perkembangan pemain,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau juga komited untuk memastikan pasukannya terus bersaing dengan pasukan dari negara Eropah untuk membantu perkembangan serta potensi pemain pasukannya.


“Kami mempunyai perancangan untuk membawa pemain bermain di luar negara lagi pada tahun ini. Pada peringkat umur sekarang ini saya yakin pemain saya mampu bersaing dengan pasukan dari negara Eropah.”

Tambahnya lagi, beliau percaya dengan adanya latihan yang kerap serta memberi fokus pada strategi permainan secara tidak langsung dapat meningkatkan kematangan pasukan TSS Selangor.

Malah ada banyak pasukan seolah-olah tidak percaya akan kualiti pemain yang dalam dalam pasukannnya itu.

“Sekiranya kita bermain di luar negara kebiasaannya orang luar sampai nak semak passport kerana tak percaya dengan kebolehan pemain kita yang tak sepadan dengan umur mereka.”