Gementar itu disebabkan ada beberapa pemain yang baru sahaja habis sekolah-Ahmad Daniel

120

Ketua pasukan Port Dickson United, Ahmad Daniel yakin pemain-pemain pasukannya mempunyai sesuatu yang mampu membawa pasukan tersebut melangkah lebih jauh.

Ahmad Daniel yang bermain di posisi pertahanan tengah sangat percaya kepada PD United meskipun mereka tidak mempunyai masa latihan bersama yang banyak namun daripada segi keserasian beliau sendiri nampak ia semakin mengembang dalam pasukannya meskipun pada awal mereka sedikit gementar.


“Setakat ini saya lihat pemain semua selesa dan serasi bermain sekali walaupun jarang berlatih bersama,”

“Memang yang gementar tu ramai disebabkan ada beberapa pemain yang baru sahaja habis sekolah jadi ini platform yang lebih tinggi saya yakin mereka boleh adaptasi dengan cara permainan kami,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Memandangkan mereka masih lagi baru ditubuhkan jadi tidak banyak pengalaman yang diraih selain hanya bermain dengan pasukan-pasukan amatur lainnya.

Namun selaku ketua pasukan beliau percaya ada bakat-bakat yang tersebunyi dalam pasukan PD United yang bakal memberikan impak besar dalam kemaraan mereka melangkah lebih jauh dalam liga bola sepak tempatan.

“Bagi saya walaupun pasukan ini dikatakan sebagai underdog tetapi pemain-pemain boleh, saya lihat pemain-pemain yang bermain di liga sekarang masing-masing tunjukkan apa yang mereka ada dan saya yakin dengan pemain di PD United mereka mempunyai sesuatu yang mampu melayakkan diri mereka untuk melangkah lebih jauh,”

Beliau juga mengharapkan PD United terus semangat untuk mengejar kemenangan selain berusaha sehabis baik dalam setiap perlawanan yang mereka bermain.

“Harapan saya tidak banyak, saya hanya mahu mereka fokus untuk setiap perlawanan yang dimainkan dan jangan cepat mengalah dalam apa sahaja keadaan selain kalah dan menang nombor dua yang penting perlu ada semangat untuk berjaya.”