Nyanyi lagu ‘Tanggal 31’, Sergio Aguero jadi contoh pemain naturalisasi dengan semangat patriotik

471

Pemain naturalisasi negara, Sergio Aguero pernah dipuji oleh peminat bola sepak tempatan serta orang ramai kerana usahanya untuk mempelajari Bahasa Melayu.

Beliau membuktikan bahawa beliau bukan sahaja sanggup menukar kerakyatannya daripada warganegara Argentina kepada Malaysia semata-mata kerana bola sepak.


Baru-baru ini, menerusi satu video oleh Malaysian Football League (MFL), pemain berusia 29 tahun itu dilihat menyanyikan lagu ‘Tanggal 31’ sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-66.

Menerusi klip berkenaan, beliau merupakan satu-satunya pemain naturalisasi yang tampil menyanyikan lagu tersebut.

Ia adalah satu perkara yang wajar dipuji kerana beliau mempunyai inisiatif untuk meraikan hari yang begitu bersejarah untuk warga Malaysia.

Walaupun beliau pada asalnya bukanlah rakyat Malaysia, beliau menunjukkan usaha yang tinggi dalam mendalami bahasa, budaya serta makna menjadi warganegara Malaysia.

Sikap patriotik yang ditunjukkan oleh Aguero ini juga harus dijadikan contoh buat pemain-pemain naturalisasi lain, serta calon pemain naturalisasi akan datang.

Semangat kenegaraan itu juga secara tidak langsung boleh menjadikan beliau lebih bersemangat apabila menyarung jersi kebangsaan.