Bukan setiap perlawanan perlu agresif, bergantung kepada lawan kita juga – Shahrul Nazeem

216

Shahrul Nazeem atau lebih dikenali sebagai ‘afro’ akur dengan pilihan Kim Pan-gon untuk menggunakan keagresifanya dalam mana-mana perlawanan samada China dan Syria bergantung kepada corak permainan pasukan tersebut.

Afro yang bermain di posisi pertahanan itu menjelaskan keterujaannya untuk bermain di China selain ingin membawa segala ilmu dan pengalaman berlatih di bawah kendalian Kim Pan-gon untuk digunakan dalam permainannnya bersama Selangor FC.


“Saya pesan pada diri saya untuk buat yang terbaik jika diberi peluang dan saya juga mahu mendapatkan pengalaman berlatih serta bermain di bawah kendalian jurulatih Kim Pan-gon sekaligus dapat mengaplikasikan juga semasa bermain di peringkat kelab,”

katanya.

China dan Syria yang dipilih untuk menentang Malaysia bukan satu cabaran yang mudah buat skuad Harimau Malaya tambahan pula ingin mengekalkan rekod cemerlang yang diraih dalam tempoh beberapa bulan sebelum ini di bawah kelolaan Kim Pan-gon.

Menurut Pemain muda berusia 24 tahun itu, beliau akui untuk bermain di tempat lawan dan menentang pasukan yang berada di kedudukan 100 teratas dalam ranking Kesatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) bukan suatu yang mudah dan mengharapkan rakan sepasukannya dapat cepat beradaptasi dengan suasana di sana.

“Bagi saya satu tekanan juga untuk kita bermain di tempat lawan tetapi kita perlu cepat serasi dengan tempat lawan dan saya harap pasukan dapat berikan yang terbaik di sana nanti,”

Afro yang sebelum ini tidak berjaya mendapat panggilan Kim Pan-gon turut diragui oleh netizen tentang kebolehannya beraksi dalam skuad kebangsaan memandangkan ramai pemain-pemain pertahanan yang lebih berkualiti.

Namun kali ini berbeza, Afro yang menampilkan prestasi memberansangkan bersama Selangor FC membuka peluang beliau beraksi dan menimba pengalaman bersama skuad kebangsaan selain beliau turut meminta penyokong di kuar sana tidak mengira kelab untuk memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya di China nanti.

“Saya minta semua penyokong di Malaysia, supaya berdoa kepada saya dan rakan-rakan yang berjuang di tempat lawan dan memenangi perlawanan kali ini sekaligus menaikkan lagi ranking Malaysia.”

Untuk rekod, kali terakhir beliau bermain bersama skuad kebangsaan adalah pada tahun lalu semasa di Kejohanan AFF yang memperlihatkan Malaysia terkandas di pusingan separuh akhir tumpas di tangan Thailand.