Saya akan kalahkan Intan Serah dan merebut posisi penyerang – Azzlyeanieh Kinuli
Penjaring terbanyak Liga Wanita Nasional musim, Azzlyeanieh Kinuli bersemangat mahu menjadi penyerang utama skuad Malayan Tigress sekaligus mahu mengetepikan Intan Serah yang turut bermain di posisi yang sama.
Pemain yang berusia 18 tahun itu menjadi tonggak utama di bahagian serangan Sabah FC selain sering menjadi ancaman buat barisan pertahanan pasukan-pasukan bola sepak wanita semasa beraksi di dalam liga.
Beliau yang berkongsi posisi bersama Intan Serah tidak mahu mengalah disamping lebih bersemangat untuk mengetepikan pilihan utama skuad Malayan Tigress itu memandangkan beliau merupakan antara pemain yang paling menyerlah dalam LWN musim ini.
“Saya akan cuba kalahkan Intan Serah dan buat yang terbaik untuk merebut posisi penyerang tersebut,”
katanya.
Setelah menjandi penjaring gol terbanyak bagi pusingan pertama LWN musim ini, Azzlyeanieh masih tidak puas dan mahu menjaringkan lebih banyak gol bersama skuad Malayan Tigress dalam saingan mereka di Arab Saudi nanti.
“Saya akan lebih bersemangat dalam perlawanan nanti selain saya juga akan cuba untuk membuat lebih banyak gol,”
Selain Azzlyeanieh yang turut terpilih untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan kali ini adalah rakan sepasukannya di Sabah FC iaitu Jaciah Jumilis yang bermain di bahagian tengah.
Jaciah atau lebih mudah dikenali sebagai JJ memaklumkan tiada masalah buat dirinya untuk beradaptasi dengan corak permainan pemain muda memandangkan kebanyakkan pemain yang dipanggil bermain dengannya diperingkat kelab.
“Pemain-pemain baharu ini kebanyakannya daripada Sabah juga dan saya sudah terbiasa bermain dengan mereka jadi tiada masalah bagi saya,”
Selain itu juga beliau sendiri akur dengan pilihan jurulatih Soleen Al Zoubi untuk menurunkannya atau tidak memandangkan terdapat banyak pemain tengah yang dipanggil untuk kem kali ini.
Menurutnya juga jika pasukan kebangsaan diisi dengan pemain yang berstatus naturalisasi mungkin tidak menjadi satu masalah yang besar tambahan dapat membantu pasukan daripada pelbagai sudut yang kurang.
“Kem kali ini agak susah bagi saya disebabkan banyak pemain tengah, tetapi saya jamin jika diturunkan saya akan buat yang terbaik untuk pasukan,”
“Kebanyakkan pemain naturalisasi memang banyak membantu dalam pasukan jadi bagi saya ia sangat dialu-alukan.”