Sukan untuk semua, tiada batas politik yang buat kita terasing – Hishamuddin
Tiada sebarang permasalahan atau sengketa politik apabila melibatkan sukan yang seharusnya menyatukan setiap kelompok individu yang terlibat termasuklah dalam perlumbaan Le Tour De Langkawi yang didatangi negeri Terengganu sebagai penaja utama mereka.
Menurut Hj. Hishamuddin Abd. Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Kerajaan Negeri Terengganu politik tidak membataskan mana-mana pihak untuk meningkatkan komuniti bola sepak meskipun kerajaan pusat dan kerajaan negeri Terengganu mempunyai pegangan serta pandangan yang berbeza dari sudut politik.
“Sukan untuk semua dan tiada batas politik yang membuatkan kita terasing antara satu sama lain, daripada awal penggal sehingga sekarang kita memiliki satu semangat yang sama untuk melihat sukan terus meningkat di negara kita mewakili daripada mana-mana negeri dan pihak terutama ia adalah atlet dan rakyat Malaysia,”
katanya.
Disamping itu juga, DR. K. Nagulendran iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan turut menyokong penyataan yang dikeluarkan oleh Hishamuddin yang mana ia selari dengan misi sukan negara menjelang tahun 2030.
“Saya rasa ini selari dengan misi Sukan Negara 2030 yang mana kita nak merakyatkan sukan dan juga menjadikan kita negara sukan, kami berterima kasih kepada negeri Terengganu- sebab kita tahu mereka di bawah Kerajaan yang lain tetapi apabila datang bab sukan kita perlu Bersatu,”
Tinggal beberapa minggu sahaja lagi menjelang pembukaan Le Tour De Langkawi 2023 terdapat beberapa penaja yang telah dikemukan oleh badan pengelola kejohanan iaitu Tiktok Malaysia, Dahua Technology, Pace dan yang terbaru adalah daripada Kerajaan negeri Terengganu sebanyak RM 800000.
Le Tour De Langkawi bakal memulakan perlumbaan peringkat pertama pada 23 September di Kuala Kerteh dan menamatkan perlumbaan mereka pada 30 September bertempat di Kuala Lumpur.