Mungkin skuad kebangsaan lagi gagah jika diisi dengan pemain naturalisasi – Firdaus Ambiah

111

Pemain futsal kebangsaan, Firdaus Ambiah setuju sekiranya skuad futsal kebangsaan turut dilengkapi dengan pemain-pemain naturalisasi yang dapat membantu memperkuatkan lagi pasukan kebangsaan.

Firdaus yang bermain bersama kelab Johor Darul Ta’zim sememangnya berpengalaman bermain dengan pemain-pemain import dalam pasukannya selain berharap skuad futsal kebangsaan dapat membawa masuk beberapa pemain yang bertaraf naturalisasi seperti yang berlaku dalam skuad bola sepak kebangsaan.


“Kalau ada pemain naturalisasi ini akan memperkuatkan lagi pasukan kebangsaan kita,”

“Saya tidak tahu bagaimanan untuk ungkapkan perkara ini sebab masih belum terjadi tetapi kalau ada kuota yang dibuka untuk memanggil pemain naturalisasi mungkin skuad kebangsaan boleh tarik dua atau tiga orang untuk memperkuatkan jentera,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Selepas dua hari Firdaus turun menghadiri latihan bersama skuad futsal negara, beliau kagum dengan corak latihan yang diterapkan oleh jurulatih asal Thailand itu yang mengasuh para pemain untuk bermain dalam intensiti yang tinggi.

“Berlatih dengan jurulatih Rakphol memang sama sahaja dengan chiew cuma daripada segi intensity memang sangat berbeza kerana corak permainan jadi semakin laju,”

Firdaus yang sebelum ini sudah beberapa kali mendapat panggilan bermain bersama skuad futsal kebangsaan turut memuji barisan pemain yang dipanggil bagi kem latihan kali ini dan melihat gabungan pemain muda dan berpengalaman dapat menjamin kemajuan skuad futsal negara pada masa akan datang.

“Untuk permilihan pemain kali ini nampak baik disebabkan ada gabungan pemain-pemain yang berpengalaman dan pemain muda jadi ia bagus untuk memastikan perkembangan pasukan kebangsaan untuk tempoh akan datang.”

Kem latihan skuad futsal negara kali ini bertujuan untuk mempersiapkan para pemain bagi mengharungi Kelayakan Piala Asia Futsal 2024 yang bakal berlangsung di Uzbekistan pada 7 hingga 11 Oktober 2023.