Aiman Afif ambil kritikan dengan hati terbuka dan jadikan ia sebagai motivasi

268

Penyerang pasukan kebangsaan B-23, Mohd Aiman Afif menyedari kritikan yang dilemparkan oleh peminat terhadap pasukan dalam kempen kelayakan Piala Asia B-23, tetapi tidak cepat melatah sebaliknya menerima kritikan dengan hati yang terbuka.

“Bagi kami apa yang peminat cakap tu kita ambil ia sebagai satu cabaran dan motivasi. Memang ini bukan mudah untuk kita tapi kita akan cuba buat yang terbaik,”

katanya.

Disebalik kritikan terhadap pasukan kendalian E. Elavarasan, skuad Harimau Muda berjaya layak ke Piala Asia B-23 2024 yang akan berlangsung di Qatar pada tahun hadapan.


“Bagi saya ini rezeki kita layak ke Piala Asia sekali lagi. Jadi dari situ kita boleh perbaiki kelemahan kita pada perlawanan-perlawanan sebelum ini dan insyaAllah pada kejohanan itu nanti kita akan buat yang terbaik.”

Dalam pada itu, Aiman juga memberitahu seluruh pasukan baik pemain atau barisan kejurulatihan bertanggungjawab atas prestasi pasukan dan bukannya salah individu.

“Bagi saya kita main satu pasukan, menang atau kalah kita kena terima dan kita tidak boleh salahkan satu pihak sahaja.”