LTdL edisi ini lebih unik dengan penjenamaan semula jersi Klasifikasi Keseluruhan kepada warna hijau Petronas

190

Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Dato’ Amarjit Singh Gill berkata penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi 2023 akan menjadi lebih unik apabila pihak penganjur melakukan penjenamaan semula untuk jersi kuning.

Jika sebelum ini jersi kuning adalah untuk Klasifikasi Keseluruhan, namun untuk LTdL kali ini jersi kuning akan ditukar kepada warna hijau Petronas yang juga merupakan Penaja Perdana untuk penganjuran kali ini.


“Ia sangat unik kerana saya percaya ia akan menjadi satu acara yang dikenali dengan jersi kuning tapi menggunakan jersi hijau dan ia merupakan warna yang cukup menarik dan juga merupakan warna Petronas.

Jadi kebanyakan jelajah kita hanya akan dapat melihat jersi kuning sahaja, jadi ini adalah penjenamaan yang unik iaitu sesuatu yang berbeza yang kitab oleh kaitkan dengan Langkawi,”

katanya.

Dalam pada itu, Amarjit Singh turut memberitahu mereka tidak akan terburu-buru untuk menaik taraf tahap kejohanan LTdL dari Pro Series kepada World Tour.

“Seperti yang kita tahu LTdL adalah Pro Series iaitu satu tahap di bawah World Tour, jadi saya rasa di mana kita berada ketika ini kita berada di tempat yang betul.

Sudah pasti kita boleh bercita-cita tinggi dan sebagainya. Tapi untuk sekarang Pro Series adalah tahap yang baik untuk LTdL berada.”

Sementara itu, beliau turut berkata sekiranya penganjuran LTdL kali ini berlangsung dengan jayanya ia akan menarik lebih banyak pasukan terbaik dunia untuk turut serta menyertai jelajah ini.