Steffi Sidhu jadikan kejayaan skuad lelaki dan B-23 sebagai inspirasi untuk Malayan Tigress

126

Ketua pasukan kebangsaan wanita, Steffi Sidhu kejayaan yang dikecapi oleh skuad bola sepak lelaki dan B-23 sebagai inspirasi untuk pasukannya turut mengikut jejak langkah sama pada kejohanan Women’s International Friendly yang akan berlangsung di Taif, Arab Saudi.

Terdahulu, skuad Harimau Malaya telah mencipta sejarah berjaya layak ke Piala Asia 2023 dan skuad Harimau Muda turut sama layak ke Piala Asia B-23 2024 pada tahun depan yang akan berlangsung di Qatar.


“Semestinya, sebab saya rasa kita lihat pasukan senior dan B-23 mereka mendapat keputusan yang cukup baik.

Jadi sudah pasti kali ini pasukan bola sepak wanita kami juga mahu dapat keputusan baik pada kejohanan kali ini,”

katanya.

Skuad negara telah diundi dalam Kumpulan A akan membuka tirai menentang tuan rumah Arab Saudi pada 18 September dan Pakistan pada 21 September.

“Kita mempunyai misi penting di Arab Saudi iaitu langkah pertama mahu mara ke perlawanan separuh akhir dan apa yang penting adalah untuk menang dalam perlawanan pertama menentang Arab Saudi dan Pakistan.”

Dalam pada itu, beliau turut gembira melihat perkembangan positif bola sepak wanita negara apabila semakin banyak pemain wanita negara melebarkan sayap mereka ke luar negara.

“Bagus sebenarnya melihat banyak pemain negara bermain di luar negara. Saya harap lebih ramai pemain kita nanti akan bermain di liga luar kerana pentingnya pengalaman dan pendedahan.

Bagi saya bermain di liga mana-mana pun kalau dapat banyak minit permainan ia sebenarnya membantu.”