Nur Syafiqah akan terus tingkatkan stamina untuk rebut tempat dalam skuad Malayan Tigress

146

Pemain tengah pasukan kebangsaan wanita, Nur Syafiqah Zainal Abidin memberitahu beliau perlu terus tingkatkan stamina beliau sekiranya mahu mendapat perhatian ketua jurulatih Soleen Al-Zoubi untuk dipilih dalam kesebelasan utama skuad Malayan Tigress.

Menurut Syafiqah, walaupun beliau merupakan antara salah seorang pemain yang dikatakan mempunyai stamina tinggi dalam saingan Liga Wanita Nasional (LWN), namun baginya ia belum cukup untuk beraksi di pentas antarabangsa.


“Kalau dalam skuad negara coach Soleen letak saya di posisi DM (defensive midfielder) dan sekiranya saya diberi kepercayaan untuk berada dalam kesebelasan utama, saya akan berikan yang terbaik.

Saya tidak tahu dapat berada dalam kesebelasan utama atau tidak tetapi dalam setiap latihan saya sentiasa buat yang terbaik untuk tunjuk pada coach untuk tarik perhatian coach.

Bagi saya dalam pasukan kebangsaan saya perlu tingkatkan lagi stamina saya kerana di peringkat antarabangsa ramai lagi pemain yang mempunyai stamina tinggi, jadi saya perlu tingkatkan lagi stamina,”

katanya.

Skuad Malayan Tigress akan menyertai kejohanan Women’s International Friendly yang akan berlangsung dari 18 hingga 30 September ini di Taif, Arab Saudi.

Skuad negara diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Arab Saudi dan Pakistan.

Dalam pada itu, beliau turut berkata penganjuran Liga Wanita Nasional (LWN) dapat meningkatkan lagi kualiti permainan dan tahap kecergasan.

“Betul sebab liga boleh menambah tahap kecergasan dan menambah keyakinan untuk bermain bola, dan adanya perlawanan persahabatan antarabangsa, ia bagus untuk pemain-pemain lain.”