Ivan Mamut mampu beri ancaman buat kami, kaki kiri beliau amat berbahaya – Danny Vukovic

495

Kapten Central Coast Mariners, Danny Vukovic mahu rakan-rakannya merantai penyerang Terengganu, Ivan Mamut apabila kedua-dua pasukan bertemu pada saingan Piala AFC Rabu ini.

Katanya, Ivan Mamut sedang mempunyai momentum yang baik menjaringkan banyak gol dalam saingan domestik dan mereka harus bermain dengan baik untuk menyekat pergerakannya.


“Bagi saya Ivan Mamut adalah pemain yang mampu beri ancaman kepada kami, beliau jaringkan banyak gol dan mempunyai kaki kiri yang berbahaya.

Kami harus bermain di tahap yang terbaik untuk hentikan beliau, tetapi kami juga perlu beri perhatian kepada pemain lain kerana pemain lain juga mampu membuatkan kami menderita,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau teruja untuk beraksi dalam saingan Piala AFC dan mewakili Australia dalam kejohanan itu.

Beliau menjangkakan saingan yang sukar dalam kejohanan itu, lebih-lebih lagi dengan perjalanan panjang untuk ke gelanggang lawan.

“Piala AFC adalah saingan yang berbeza buat kami, tetapi kami menghormati setiap pasukan kerana semuanya perlu mendapatkan tempat untuk layak beraksi di kejohanan ini.

Saya rasa semua perlawanan adalah sukar dan kami bangga mewakili Australia di peringkat ini.”