Walaupun tewas, kami puas hati kerana telah berikan sedaya upaya menentang Mesir – Mak Chee Weng
Kapten skuad bola sepak pekak negara, Mak Chee Weng tetap berpuas hati dengan persembahan pasukannya walaupun tewas 1-0 pada perlawanan menentang Mesir dalam Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia 2023 sebentar tadi.
Katanya, pemain telah memberikan 100 peratus pada perlawanan itu walaupun berdepan dengan pasukan kuat seperti Mesir.
“Selepas tewas 8-0 kepada Jerman tempoh hari, pada hari ini kami berasa lebih bersemangat dan beri saingan kepada lawan.
Walaupun tewas, kami tetap puas kerana kami tahu kami telah berikan sepenuh semangat dan usaha pada perlawanan ini,”
Katanya, mereka tahu kelebihan dan kelemahan sendiri, dan semua pemain bekerjasama memberikan sedaya upaya mereka.
Beliau mengakui ada perasaan terkilan kerana tidak dapat sekurang-kurangnya mendapatkan keptusan seri dengan Amerika Syarikat pada perlawanan pertama.
“Menentang Amerika Syarikat tempoh hari kami tidak bernasib baik untuk tidak mencatat keputusan seri.
Jika tidak ada kemungkinan kita akan dpaat melangkah ke peringkat suku akhir.”