Fokus kami selepas ini adalah penentuan tempat ketiga – Steffi Sidhu

190

Ketua pasukan kebangsaan wanita, Steffi Sidhu mengakui kecewa apabila mereka tewas 4-3 dalam penentuan penalti kepada Lubnan semalam pada perlawanan separuh akhir Women’s International Friendly semalam.

“Saya sangat bangga dengan rakan sepasukan kerana setiap pemain memberikan aksi 100% di atas padang sepanjang tempoh 120 minit permainan kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Sangat bangga dengan mereka tapi sudah semestinya berasa kecewa dengan keputusan tapi saya tetap gembira dengan pasukan ini,”

katanya.

Steffi bagaimanapun tidak mahu terlalu fikirkan mengenai kekalahan tersebut sebaliknya menuntut rakan sepasukan untuk terus fokus bagi mengharungi perlawanan tempat ketiga dan keempat pula selepas ini.


“Apa yang paling penting sekarang ini adalah kami perlu fokus untuk dapatkan tempat ketiga yang mana kami menentang samada Bhutan atau Arab Saudi. Mana-mana pun pasukan yang kami akan bertemu sasaran kami adalah untuk dapatkan tempat ketiga.”

Terdahulu, skuad Malayan Tigress yang diundi dalam Kumpulan A berjaya mara ke separuh akhir selepas berjaya memperoleh dua mata hasil dua keputusan seri menentang Arab Saudi dan Pakistan.