Jika ada yang tak pandai, kita akan beri perhatian sepenuhnya sampailah dia pandai – Muhammad Zamir

126

Setiausaha Cheras Celtic, Muhammad Zamir Hakim menyifatkan bahawa akademi kelab itu memberi perhatian yang penuh melatih pelatih-pelatih mereka sehingga mampu meningkatkan tahap mereka walaupun ada yang tidak mempunyai asas bola sepak.

Katanya, setakat ini, semua pelatih menunjukkan peningkatan yang baik dengan latihan yang diterapkan oleh jurulatih yang bertanggungjawab.


“Pada mulanya kita lihat ada yang tak pandai sepak bola, tetapi sekarang selepas berlatih minggu demi minggu, tahap mereka semakin baik sekarang.

Macam mana sekalipun, kita akan pastikan pelatih kita dapat buat yang terbaik, kalau mereka tak pandai kami akan beri perhatian kepada mereka, ia memang mengambil masa,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, jurulatih B-15, Mohd Azmil Shah berkata, di akademi kelab itu, mereka tidak membezakan antara pelatih yang sudah pandai dan pelatih yang tiada asas.

Tambahnya, sepanjang tiga minggu ia beroperasi, beliau menerapkan latihan yang mudah supaya para pelatih dapat menerima dengan baik.

“Di sini, kami tak kira sama ada pemain bagus atau pun tidak, sebagai jurulatih kami akan ajar mereka sehingga dapat bermain bola dengan betul.

Saya terapkan kepada mereka tahap disiplin yang tinggi dengan latihan yang diberikan.”