Saya kerap ‘burn out’ disebabkan terlalu obses bekerja – Mariah Ahmad
Pengasas portal berita e-sukan terkenal tanah air What’s The Meta Today (WTM) iaitu Mariah Ahmad Akui beliau pernah terlampau obses untuk memberikan hasil kerja menarik kepada pengikut- pengikut halamannya sehinggakan satu hari tubuhnya tidak mampu bertahan dan akhirnya burn out.
Mariah yang memulakan kariernya dalam dunia kewartawanan bersama Astro Awani sebelum ini menyifatkan dirinya seorang yang suka untuk meneroka dan akhirnya beliau sendiri akui sudah jatuh cinta dengan e-sukan.
Menurut Mariah, masalah kewangan menyebabkan beliau berhenti seketika daripada mengeluarkankan sebarang content di samping turut mengakui pernah burn out pada awal-awal pembinaan WTM yang menyebabkan beliau sedar tentang kepentingan untuk menjaga keseimbangan kehidupan bekerja.
“Disebabkan saya terlalu obses akhirnya burn out sehinggakan saya menjadi lebih sensitive dalam pada masa yang sama matlamat yang sudah ditetapkan menjadi semakin samar,”
“Saya pernah berhenti selama setahun disebabkan ada kurangnya ilmu dalam mengendalikan perniagaan saya tapi Alhamdulillah selepas itu saya kembali semula tapi dengan business mindset,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Segala penat jerihnya sejak tahun 2018 sehingga kini sememangnya membuahkan hasil yang manis apabila memiliki lebih daripada 200 ribu pengikut bagi laman sosial Tiktok dan Instagram sehinggakan ada individu atau syarikat luar yang sanggup untuk membeli portal WTM Today daripadanya.
“Sebelum ini memang ada tawaran untuk orang labur atau beli kerana WTM ini merupakan taman permainan dan kebebasan buat diri saya sendiri,”
Setelah hampir lima tahun menjadi rakan karib e-sukan di Malaysia khususnya buat industri Mobile Legends Bang-Bang, Mariah berimpian untuk membina sebuah pasukan e-sukannya sendiri yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
“InshaAllah satu hari nanti sekiranya WTM sudah semakin membesar dan saya mempunyai wang RM1 juta, saya akan bina satu pasukan MLBB dan memenangi kejohanan dunia dan minta Moonton skin hero Nana pakai baju kurung kasut sneakers,”
WTM Today sehingga kini telah memiliki berates-ratus ribu pengikut di laman sosial yang khusus membawakan para pengikutnya lebih dekat dengan berita serta senario terkini industri e-sukan tempatan.