Sasaran kita adalah untuk layak ke pusingan akhir – Rosmadi Ismail
Pengurus pasukan futsal Malaysia, Datuk Seri Haji Rosmadi Ismail sangat optimis dengan kehadiran dan pendekatan yang dibawa oleh Rakphol Sainetngam dalam skuad negara mampu melakar kejutan dalam saingan Kelayakan Piala Asia Futsal 2024 yang berlangsung di Fergana, Uzbekistan.
Rosmadi yang ditemui sangat yakin dengan taktikal dan corak latihan yang dibina oleh barisan kejurulatihan Rakphol, skuad futsal negara mampu melangkah sehingga ke pusingan akhir kejohanan tersebut.
“InshaAllah kita akan dapat membuat kejutan di sana dan sasaran kita adalah untuk layak ke pusingan akhir,”
“Dengan persiapan yang telah diterapkan oleh jurulatih Rakphol saya mempunyai keyakinan untuk mendapatkan kejayaan di sana,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Beliau yang turut serta ke Uzbekistan melihat Rakphol memiliki corak latihan yang unik selain dapat menguruskan pasukan kebangsaan dengan baik meskipun tidak mempunyai masa yang banyak bersama mereka sebelum menghadapi saingan kelayakan ini.
“Bagi saya apabila melihat jurulatih Rakphol ini menguruskan pasukan futsal Malaysia adalah sangat menarik kerana mempunyai taktitkal-taktikal yang dapat menyaingi pasukan-pasukan di Uzbekistan nanti.”
Malaysia ditelakkan bersama dalam kumpulan G berdepan Iraq, Uzbekistan dan Kemboja di Samo Sports Complex, Fergana, Uzbekistan bermula 7 sehingga 10 Oktober ini.