Isu Hito di Filipina tidak menganggu mental pemain Lunatix – Capt Sha
Norshahidah Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Capt Sha dalam industri e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) menyangkal drama pemain import mereka menganggu mental dan pesiapan para pemain sehingga menyebabkan penyingkiran di pusingan playoff hari ini.
Sebelum ini wujud drama dalam senario MLBB tempatan apabila salah seorang pemain import Lunatix asal Filipina iaitu Finding Hito yang terlibat dalam satu temubual kontroversi melibatkan pengurusan pasukannya.
“Di Malaysia pasukan-pasukan e-sukan rata-rata memang membayar gaji pemain dan jika ada yang menyediakan makanan harian adalah bonus tetapi di Lunatix sendiri pihak pengurusan membeli barang-barang dapur untuk para pemain masak di gaming house,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Sha yang ditemui turut mengesahkan bahawa kekalahan mereka hari ini menentang pasukan Todak bukan disebabkan terganggu oleh isu yang melanda pasukan tersebut.
“Sebenarnya isu ini tidak menganggu langsung pemain, tetapi apa yang saya boleh bagitahu pemain di sini baik-baik sahaja dan tiada masalah,”
Lunatix yang mengakhiri perjalanan mereka musim ini dilihat sudah mula mempersiapkan diri untuk saingan MPL MY musim hadapan perubahan apabila terlihat kelibat bekas pemain Red Esport iaitu Melboy bersama pasukan Lunatix semasa sesi sidang media berlangsung.
Sha turut memberi petunjuk bahawa bakal ada kolaborasi dengan sebuah pasukan yang gergasi yang beraksi di luar industri e-sukan.
“Kami memang sudah mula buat persiapan dan untuk tahu lebih lanjut media dan peminat perlu tunggu 21 Oktober ini Lunatix akan dedahkan kepada umum.”
Lunatix yang tumbang di pusingan awal playoff tidak memberikan saingan yang sengit sehingga mengheret Todak ke perlawanan ketiga sebelum akur dengan pengalaman mereka dengan skor 2-1.