Saya ingin buka empayar e-sukan sendiri dan menjadi The Next Daddyhood – King Shah

951

Pempengaruh Tiktok terkenal, King Shah akui ada menyimpan angan-angan untuk membina empayar e-sukan sendiri sekaligus mahu menjadi the next Daddyhood.

King Shah yang lebih dikenali dengan perwatakannya yang beremosi ketika bersiaran langsung di Tiktok menyifatkan sekarang bukan mass yang sesuai buat dirinya membina pasukan e-sukan disebabkan masih bergerak sendiri namun di masa hadapan jika mempunyai peluang dan ruang belia ingin menjadi seperti Daddyhood.


“Buat masa sekarang ini belum terfikir lagi kerana Shah bergerak sendiri walaupun kalian tengok saya dah besar, saya masih bergerak sendiri dan belum ada pasukan lagi,”

“Tetapi mungkin satu hari nanti Shah akan buka empayar untuk e-sukan pula atau jadi Daddyhood yang seterusnya, kita tidak akan tahu,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau yang masih bergerak sendiri memberitahu agak susah untuk menjadi pempengaruh solo tanpa pasukan yang mana kini para penonton sudah mula meminta kepadanya merchandise dan disebabkan bergerak sendiri beliau tidak sempat untuk mempersiapkan semua itu.

“Penonton pun sekarang tengah minta-minta merchandise jadi mana Shah mahu stream lagi, merchandise lagi jadi agak penat juga bergerak sendiri ini,”

Risau dengan penonton-penonton muda yang menonton siaran langsungnya di Tiktok, King Shah akui kini beliau sudah mula untuk merubah cara penyampaian konten beliau kepada yang lebih baik berbanding sebelum ini yang agak kasar.

“Jujur Shah cakap memang daripada awal Shah naik dengan cara yang agak kurang baik namun buat semua peminat Shah mereka pasti akan nampak yang secara perlahan-lahan shah sudah merubah konten kepada yang lebih baik.”