Mereka keluar bukan semua jadi pemain profesional, jadi di AMD kami holistik – Datuk Richard Scully
Richard Scully tegaskan Akademi Mokhtar Dahari bukan semata-mata melahirkan permata bola sepak malah turut membina individu-individu penting yang memainkan peranan penting dalam institusi bola sepak negara.
Richard yang ditemui semasa Kejohanan Piala Supermokh 2023 memberitahu AMD merupakan institusi pembangunan bola sepak yang holistik.
Ia memainkan dalam melahirkan bukan sahaja pemain bola sepak namun watak-watak penting seperti pengadil, pegawai perlawanan, pembantu pasukan dan macam-macam lagi yang berkait rapat dengan sukan bola sepak.
“Di AMD kita mempunyai pelbagai kepakaran contohnya pegawai perlawanan, koordinator perlawanan dan koordinator pasukan kerana kita di sini holistik,”
“Jika kita nampak ada pemain yang meminati sesuatu bidang dalam bola sepak ini kita terus dedahkan kepada mereka kerana apabila mereka keluar nanti tidak semua menjadi pemain profesional, jadi masing-masing mempunyai kepakaran yang mereka minat,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Menurut Richard lagi, Supermokh 2023 membawakan pendekatan yang berbeza berbanding musim lepas apabila kali ini AMD memanggil lebih banyak pasukan yang mempunyai kemahiran jarak dekat atau close skill.
“Pengamatan yang berbeza dahulu kita bawa pasukan yang bertubuh besar tetapi kali ini pasukan yang datang memiliki kemahiran jarak dekat dan apabila kita lihat pemain-pemain AMD kita bukan tinggi mana namun kemahiran jarak dekat itu yang penting,”
Melihat kejayaan pasukan AMD Dream B-13 yang kini sedang menduduki tangga teratas kumpulan menundukkan kelab-kelab terkenal seperti Fagiano Okayama daripada Jepun, Richard melihat mereka sudah semakin matang baik daripada corak permainan sehinggalah kepada adaptasi terhadap pasukan lawan.
“Untuk pasukan di B-13” sudah semakin matang selepas kami balik daripada Sepanyol yang mana ketika itu kami berlawan dengan pasukan seperti Real Madrid, Atletico Madrid dan kelab-kelab tempatan yang mempunyai tubuh fizikal tinggi dan kita menang semua perlawanan disebabkan kemahiran.”