Minit permainan penting terutama untuk pemain muda di peringkat pembangunan – Fauzzi Kassim

107

Fauzzi Kassim melihat minit permainan amat penting buat semua pemain bagi mempamerkan aksi terbaik termasuklah pemain-pemain yang berada di peringkat perkembangan.

Fauzi yang membawa pasukan NFDP C menjelaskan bahawa kemenangan mereka hari ini sememangnya pendedahan yang baik untuk para pemain namun kebuntuan pada separuh masa pertama untuk menjaringkan gol menurutnya adalah disebabkan pemain-pemain yang diturunkan tidak mendapat banyak minit permainan.


“Bagi saya minit permainan sangat penting jika lihat di atas padang semasa separuh masa pertama rata-rata adalah pemain yang tidak banyak masa permainan kemudian di babak kedua saya masukkan mereka yang berpengalaman sedikit dan hasilnya kami boleh jaringkan gol,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Turun mengendalikan pasukan di bawah peringkat umur 13 tahun, Fauzzi tidak melihat saiz tubuh badan menjadi penghalang buat pemain bola sepak muda negara untuk berkembang kerana pemain-pemain di Asia lebih bagus dengan kemahiran individu.

“Pemain kita di Asia ini daripada segi saiz tubuh badan memang akan kalah tetapi jika nak dibandingkan dengan pemain eropah skill individu untuk pemain kita di peringkat umur 13-15 tahun memang jauh lebih bagus,”

Fauzzi selaku jurulatih juga tidak melarang para pemainnya membuat kesilapan disebabkan mereka masih lagi di peringkat pembangunan yang membolehkan mereka belajar daripada kesalahan yang dilakukan.

“Pendekatan saya jika di peringkat pembangunan ini saya tidak kisah para pemain melakukan kesilapan kerana mereka belajar daripada situ dan bagi saya juga kesilapan ini membuatkan para pemain kita lebih berani,”