Supermokh beri pengalaman kepada kami bukan sahaja di atas padang malah di luar padang juga – Takuro Hosaka

249

Jurulatih pasukan Hong Kong FA, Takuro Hosaka menyifatkan kejohanan Supermokh sebagai salah satu platform yang terbaik untuk sebuah pasukan bola sepak pembangunan meraih pengalaman sewaktu di dalam padang dan juga luar padang

Takuro yang ditemui memaklumkan dalam kejohanan Supermokh 2023, jadual perlawanan yang padat dalam tempoh masa singkat membuatkan para pemain perlu cepat recovery dari segi fizikal serta mental mereka selepas setiap perlawanan yang dimainkan.


“Supermokh memberikan pengalaman yang banyak kepada kami bukan sahaja di atas padang dan di luar padang juga terutama melibatkan recovery pemain,”

“Perlawanan kita setiap hari berintensiti tinggi serta pemain perlu cepat pulih dari segi tubuh badan dan juga mental mereka jadi ini pengalaman yang sangat berharga,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tidak mahu menyalahkan cuaca yang panas, Takuro melihat ini merupakan cabaran buat para pemainnya beraksi dalam kondisi yang berbeza di samping ia juga sebahagian daripada sukan bola sepak.

“Bagi saya cuaca panas di sini sangat memberi kesan kepada kami namun tiada apa yang boleh dikatakan kerana ini adalah sebahagian daripada permainan bola sepak,”

Beliau yang ditanya mengenai pembangunan bola sepak Malaysia dilihat berpuas hati dan pecaya suatu hari nanti Malaysia mampu untuk bersaing dengan negara-negara besar di Eropah berdasarkan kemajuan yang dimiliki dalam sistem pembangunan bakat di negara ini.

“Saya yakin kerana kami ada berbincang dengan pasukan-pasukan Malaysia yang mana pembangunan bola sepak di sini sangat kukuh dan objektif mereka sangat jelas,”

“Tambahan pula faktor terbesar pembangunan di sini sangat kuat adalah dengan wujudnya fasiliti, organisasi dan penganjuran kejohanan seperti Supermokh oleh AMD ini,”

Takuro turut memberitahu bahawa di Hong Kong kebanyakkan kelab menjadi tunjang utama dalam mendidik dan melahirkan bakat-bakat muda dan tiada akademi khusus dibawah kendalian Persatuan Bola Sepak Hong Kong (Hong Kong FA).

“Hongkong FA dahulu ada akademi yang memfokuskan kepada pembangun namun kini sudah tiada dan digantikan dengan skim dan program kepada kelab-kelab di sekitar negara untuk membantu meningkatkan pemain bola sepak di peringkat pembangunan.”