FAM terima geran padanan berjumlah RM1 juta dari KBS
Pebentangan belanjawan 2023 semalam telah menyaksikan pihak kerajaan memperuntukkan sejumlah RM40 juga kepada Kementerian Belia dan Sukan di bawah inisiatif Geran Padanan (GPS).
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi antara persatuan sukan yang turut menerima GPS berjumlah RM1 juta yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebelum sepak mula perlawanan Pestabola Merdeka 2023 di antara Malaysia dan India.
GPS adalah satu bentuk bantuan kewangan yang diberikan kepada syarikat, persatuan sukan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan koperasi berdaftar yang menganjurkan program dan aktiviti sukan.
Ia adalah bertujuan untuk membantu atlet membaiki prestasi/ranking mereka dan meningkatkan semangat perpaduan rakyat, membudayakan sukan dan menggalakkan perkembangan industri sukan melalui penganjuran acara sukan di negara ini.
Skop permohonan adalah meliputi penganjuran kejohanan sukan melibatkan 103 jenis sukan seperti yang sudah ada dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) dan pertandingan sukan gaya hidup.
Pemberian GPS adalah secara tuntutan bayaran balik selepas program selesai dilaksanakan dengan jumlah pembiayaan sebanyak 50% daripada kos keseluruhan program atau maksium sehingga RM1juta.
Bagi memastikan tiada sebarang ketirisan atau fovouritism berlaku, dua buah secretariat yang diterajui oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) telah ditubuhkan bagi semak dan imbang.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang KBS.