Untuk kejohanan Muay Thai Pro kami bawa 2 atlet berpotensi saja – Zulkafli

104

Jurulatih Kelab Muay Singa Muda, Zulkafli Mohd Yaziq memberitahu untuk kejohanan Muay Thai Pro yang berlangsung pada Hari Sukan Negara (HSN) di Putrajaya hari ini, beliau hanya membawa dua atlet terbaik untuk beraksi.

Menurut Zulkafli, untuk kejohanan profesional seperti ini beliau tidak perlu bawa banyak atlet sebaliknya atlet yang dibawa adalah atlet yang mempunyai potensi besar untuk dibawa ke peringkat antarabangsa.


“Untuk hari ini kita baru 2 orang fighter sahaja kerana ini merupakan kejohanan Muay Thai Pro yang mana ia tidak memerlukan ramai sebaliknya hanya dua atlet yang mempunyai bakat besar untuk ke peringkat kebangsaan sekaligus dapat bawa ke luar negara,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Untuk kejohanan ini, Zulkafli telah membawa dua atlet mudanya berusia 16 tahun yang masing-masing beraksi dalam kategori 45KG dan 60KG.

Dalam pada itu, beliau yang ditemui selepas pertarungan salah seorang anak didiknya iaitu Amirul Shamel yang berjaya menang menerusi TKO (technical knockout), Zulfakli berkata masih banyak yang boleh diperbaiki untuk memantapkan lagi pertarungan.

“Saya tengok tadi, beliau (Amirul) perlu pamerkan aksi yang lebih garang dan tak boleh kekal dengan persembahan seperti itu sahaja.

Beliau perlu lebih ganas lagi dan lebih lasak lagi untuk pastikan dapat memperoleh kemenangan.”

Sementara itu, selain kejohanan pada HSN beliau turut berkata atlet-atletnya juga akan menyertai kejohanan Jengking Fighting 5.0 di Nilai, Negeri Sembilan serta kejohanan di Johor Bahru tidak lama lagi.

Selain itu, beliau juga akan mempersiapkan atlet untuk beraksi dalam kejohanan profesional yang mungkin akan berlangsung di Kelantan atau Terengganu.