Skuasy jadi prospek emas buat Malaysia di Olimpik 2028, persediaan rapi harus dibuat dari sekarang

156

Skuasy secara rasminya sudah dimasukkan sebagai salah satu acara Olimpik selepas dipersetujui oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dipertandingkan buat kali pertama di Sukan Olimpik Los Angeles 2028, bersama-sama empat lagi sukan lain iaitu kriket, flag football, lacrosse dan besbol-sofbol.

Pada edisi tersebut, skuasy akan menawarkan dua pingat emas menerusi acara perseorangan lelaki dan wanita.


Ini pastinya satu berita gembira buat negara dan juga Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) yang sudah sekian lama berusaha untuk membawa sukan itu ke Olimpik.

Boleh dikatakan, Malaysia sudah ‘terlepas’ beberapa pingat emas di Olimpik ketika zaman jaguh skuasy negara, Datuk Nicol David sebelum ini.

Dan ini dilihat sebagai peluang sesuai untuk Malaysia menebus kembali pingat emas yang tidak dapat disumbangkan oleh Nicol.

Pada Sukan Asia baru-baru ini, Malaysia mencatat keputusan yang cemerlang dalam skuash apabila memenangi kedua-dua acara perseorangan lelaki dan wanita menerusi Eain Yow Ng dan Sivasangari Subramaniam.

Mereka boleh menjadi prsopek yang baik buat negara pada Sukan Olimpik 2028, sekiranya diberikan persediaan yang baik.

Pada tahun 2028 nanti, Eain Yow Ng dan Sivasangari Subramaniam masing-masing akan berusia 30 dan 29 tahun, boleh dianggap sedang berada di kemuncak karier mereka ketika itu.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) harus melakukan persediaan dari sekarang dengan bekerjasama secara rapat dengan SRAM dan melaksanakan program tertentu bagi memastikan Malaysia mampu meraih pingat emas sulung dalam acara itu di Olimpik nanti.