Galven Green akhirnya berjaya julang kejuaraan pertama di Alphard Cup 2023

84

Pemain golf profesional negara, Galven Green teruja apabila beliau akhirnya berjaya menjulang kejuaraan pertama dalam kariernya selepas menang Alphard Cup 2023 yang berlangsung di Kota Seriemas Golf & Country Club (KSGGC) sebentar tadi.

Kemenangan Galven bagaimanapun tidak hadir dengan mudah apabila beliau dipaksa untuk bermain play-off bersama Paul San selepas kedua-dua pemain ini terikat dengan sembilan di bawah par.


Namun ketenangan yang dipamerkan oleh beliau menjadi pemisah apabila berjaya melakukan birdie untuk mengesahkan kejuaraan.

“Terima kasih atas ucapan. Apa yang saya boleh katakan mengenai permainan saya hari ini adalah saya bermain dengan cukup baik dan putting juga banyak membantu saya dalam mendapatkan skor rendah hari ini.

Saya juga tidak dapat nafikan yang Paul San turut bermain dengan baik namun pukulan kedua saya yang cukup baik memberi peluang kepada saya untuk melakukan birdie sekaligus berjaya menang,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Menurut kembar kepada Gavin Green, beliau turun beraksi pada hari terakhir dengan tenang tanpa tekanan tetapi tetap mempunyai mindset  yang sama iaitu mahu menang.

“Saya turun beraksi tanpa meletak sebarang harapan tinggi sebab itu saya dapat pamer permainan terbaik saya.”

Dalam pada itu, beliau mengakui kemenangan pertamanya di penghujung musim Toyota Tour ini sedikit sebanyak memberi motivasi tambahan buat beliau yang akan turun beraksi pada kejohanan terakhir Toyota Tour Championship (ADT) di Saujana Golf & Country Club, Selangor.