Tenang ketika ‘play-off’ beri Aretha Pan kejuaraan ketiga di Alphard Cup 2023

123

Pemain golf profesional wanita negara, Aretha Pan terus mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya menjulang kejuaraan ketiganya dalam Toyota Tour apabila menang Alphard Cup 2023.

Aretha bagaimanapun tidak menang dengan mudah apabila diheret ke aksi play-off selepas beliau dan Genevieve Ling masing-masing menamatkan pusingan ketiga dengan empat di atas par.


Bagaimanapun, pengalaman beraksi di pusingan play-off sebanyak dua kali sebelum ini telah memberinya keyakinan.

“Saya tidak berasa tekanan langsung untuk play-off kerana ini adalah kali ketiga saya bermain play-off.

Saya sangat gembira dengan permainan saya ketika ini, jadi saya beritahu diri saya ‘go hard or go home’,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Bercerita lanjut mengenai aksinya pada hari ini, Aretha mengakui bermain dengan cukup baik, namun beliau sering tidak bernasib baik ketika putting.

Terdahulu, beliau turut berjaya menang pada kejohanan Tun Ahmad Sarji Trophy dan Supra Cup.

Dalam pada itu, Aretha memberitahu beliau akan terbang ke China pada awal November ini untuk menyertai kejohanan di sana.

Beliau pada masa sama juga akan menyertai kejohanan Taiwan Q School dan Thailand Q School pada hujung tahun ini.