Sebelum saya cadangkan nama, kelab dari Eropah sudah bertanya tentang Arif Aiman – Muhammad Qayyum

242

Pencari bakat dari Malaysia, Muhammad Qayyum Shaharuddin yang bekerjasama dengan kelab Sepanyol divisyen empat, Velez FC mendedahkan bahawa nama Arif Aiman sememangnya sudah dikenali oleh kelab-kelab di Eropah.

Katanya, beliau pernah cuba untuk mencadangkan beberapa pemain kepada sebuah pasukan di Cyprus, tetapi pasukan itu terlebih dahulu bertanyakan mengenai Arif Aiman.


“Saya pernah cadangkan kepada sebuah kelab dari Cyprus kerana ketika itu saya buat secara bebas, jika ada kelab yang mahu saya bersedia untuk sediakan cadangan pemain untuk mereka.

Ketika itu, kelab tersebut meminta saya untuk mencadangkan beberapa pemain dari Malaysia untuk mereka, tetapi sebelum saya cadangkan mereka sudah bertanyakan tentang seorang pemain, siapa lagi kalau bukan Arif Aiman,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Katanya, beliau kemudian menyediakan laporan ringkas tentang pemain itu kepada kelab terbabit, dan ia ternyata sesuai dengan apa yang sudah disediakan oleh pencari bakat kelab itu.

Namun, katanya kelab itu tidak melakukan apa-apa tawaran kepada JDT mahupun Arif disebabkan halangan tertentu.

Qayyum juga berkata, beliau pernah mencadangkan tiga nama lain kepada kelab Eropah iaitu pemain Sabah, Stuart Wilkin; pemain KL City, Haqimi Azim dan pemain Sri Pahang, Baqiuddin Shamsudin.

Katanya, kelab berkenaan pada mulanya nampak berminat namun untuk posisi tengah, mereka sudah mempunyai lambakan pemain.

“Untuk Stuart Wilkin, mereka memang berminat dengan ciri-ciri serta gaya permainan beliau tetapi posisinya di kelab itu sudah ramai.

Untuk Baqiuddin pula ada beberapa isu yang membuatkan mereka tidak jadi membuat tawaran, manakala untu Haqimi pula beliau terlalu muda dan masih belum terbukti lagi.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen