Saya tak pernah fikir nak bersaing dengan pemain lagi, sebaliknya fokus pada permainan sendiri – Angel Yin
Pemain golf profesional Amerika Syarikat, Angel Yin memberitahu beliau tidak pernah menganggap pemain-pemain lain sebagai pesaingnya, sebaliknya fokus pada permainannya sendiri sekiranya mahu berjaya.
“Pesaing utama saya ada diri saya sendiri kerana dalam golf anda tidak perlu fikir nak bersaing dengan pemain lain sebaliknya anda perlu fokus pada diri sendiri dan cuba untuk buat sedikit kesilapan yang mungkin dan apa yang akan jadi,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Yin berkata demikian apabila beliau akan turun beraksi dalam kejohanan Maybank Champions 2023 yang turut disertai ramai pemain terkemuka dunia bagi merebut kejuaraan yang menawarkan jumlah wang hadiah lebih RM14 juta.
Menurut Yin, ini merupakan kali kedua beliau beraksi di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) yang mana kali pertama adalah pada tahun 2017 ketika menyertai Sime Darby LPGA Malaysia.
“Cuaca kali ini nampaknya lebih baik berbanding kali pertama saya beraksi di sini yang mana ketika itu cuaca cukup panas.”
Kehadiran beliau kali ini pastinya mahu cuba untuk menamatkan saingan di kelompok teratas sekaligus memperbaiki kedudukannya T28 pada tahun 2017.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai kesaksamaan jumlah wang kemenangan di antara pemain golf lelaki dan wanita yang mana beliau melihat ia dari sudut pandang berbeza iaitu jika LPGA mampu membawa pulangan sama seperti PGA, maka mereka berhak dapat sama rata.
“Sejujurnya memang bagus sekiranya ada kesaksamaan dari segi wang hadiah, tapi bagi saya LPGA mampu bawa pulangan seperti yang PGA maka kami berhak untuk dapat sama rata, tapi jika tidak kita kekal seperti sedia ada sahaja.”