Jika kondisi lapangan sama seperti hari ini saya akan kekalkan ‘game plan’ sama – Jasmine Suwannapura

117

Pemain golf profesional Thailand, Jasmine Suwannapura menamatkan saingan hari pertama kejohanan Maybank Championship 2023 sebagai pendahulu dengan 63 pukulan untuk mengumpul sembilan di bawah par.

Menurut Jasmine, beliau harap dapat teruskan momentum itu pada hari kedua esok dengan mengekalkan strategi permainan sama sekiranya kondisi lapangan sama seperti hari pertama.


“Mungkin saya akan kekalkan ‘game plan’ sama untuk esok. Saya rasa lapangan ada berubah sedikit selepas hujan semalam dengan keadaan lapangan menjadi lebih lembut.

Jika hari ini tak hujan esok lapangan mungkin akan lebih firm jadi mungkin untuk beberapa lubang saya akan ubah strategi dengan menukar dari memukul driver kepada 3 wood atau 5 wood untuk layup.

Saya akan cuba untuk pastikan pukulan saya ke fairway dan cuba attack pin dan roll some putt,”

katanya.

Dalam pada itu, biarpun pernah bermain di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) pada tahun 2017, namun beliau turun dengan jangkaan yang lebih rendah berikutan ini kali pertama beliau bermain di lapangan West Course.

“Untuk beberapa lubang awal saya bermain dengan berhati-hati kerana saya hanya sempat bermain enam lubang sahaja pada sesi latihan semalam jadi saya masih belum ‘faham’ sepenuhnya lapangan.

Ya saya pernah bermain di KLGCC pada tahun 2017, tapi ketika itu saya bermain di lapangan East Course.”

Mampukah Jasmine mengekalkan kedudukan di tangga teratas pada hari kedua esok? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Maybank Championship disertai oleh ramai pemain terkemuka dunia yang merebut jumlah wang terkumpul lebih RM14 juta.