Keazaman jadi kunci utama kejayaan Stallion Laguna FC ikat Terengganu FC – Griffin McDanieal

137

Pemain yang juga salah seorang penjaring gol Stallion Laguna FC, Griffin McDanieal memberitahu keazaman yang tinggi menjadi kunci utama kepada kejayaan mereka mengikat pasukan gergasi Terengganu FC 2-2 dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan Piala AFC 2023 petang tadi.

“Keazaman yang tinggi dan pemain tidak pernah putus asa. Kami mempunyai staf yang sentiasa memberi sokongan padu kepada kami walaupun pada waktu sukar tapi kami berjaya mengatasinya,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Stallion Laguna hampir membuat kejutan dan mengutip tiga mata penuh pertama mereka apabila mendahului lawan, namun jaringan gol pada masa tambahan oleh Terengganu meranapkan harapan mereka untuk mendapatkan kemenangan pertama.


McDanieal berkata dengan baki tiga perlawanan di mana dua perlawanan adalah di tempat sendiri, tidak mustahil untuk mereka mara ke peringkat seterusnya.

“Kita tengok apa berlaku nanti kerana apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak. Seperti hari ini kebanyakan orang fikir pasukan tuan rumah akan mudah dapat tiga mata tapi kami berjaya curi satu mata berharga di tempat lawan.

Jika kami mampu teruskan momentum cemerlang ini, apa sahaja boleh berlaku.”

Terdahulu Stallion Laguna menjadi pasukan belasahan selepas mereka tewas 6-3 kepada Bali United dan 9-1 kepada Central Coast Mariners.