Natasha Andrea Oon kekal positif biarpun tamatkan hari ketiga satu diatas par

184

Pemain golf profesional negara, Natasha Andrea Oon kekal positif untuk mengharungi hari terakhir kejohanan Maybank Championship 2023 esok biarpun menamatkan hari ketiga dengan satu diatas par.

Natasha mengakui permainannya hari ini tidak baik apabila melakukan double bogey di lubang keempat dan bogey di lubang ke-18 termasuk dua birdie menyaksikan beliau terpaksa berpuas hati dengan 73 pukulan untuk jumlah keseluruhan 214 pukulan, dua dibawah par.


“Saya boleh katakan hari ini permainan saya ‘super weird’ kerana bermula dengan goyah dan tidak menjadi, tapi saya sudah menjangkakan hari seperti ini pastikan akan berlaku.

Pukulan saya juga hari ini serba tidak menjadi dan selepas melakukan double bogey, saya tidak terlalu fikirkan dan teruskan bermain seperti biasa dan dapat melakukan dua birdie berturut-turut,”

katanya.

Beliau terpaksa akur dengan skor satu diatas par hari ini biarpun banyak pemain yang berjaya bermain dengan skor rendah hari ini.

Disebalik skor yang kurang memberangsangkan pada hari ini, beliau kekal positif unutk terus untuk turun beraksi pada hari terakhir dengan misi untuk cuba mencatatkan skor terendah yang mungkin.

“Esok saya akan turun tanpa sebarang jangkaan tinggi jadi saya akan cuba melakukan yang terbaik bagi menghargai Maybank atas penganjuran kejohanan yang cukup hebat ini.”

Menamatkan permainan pada hari ketiga, Natasha kekal berada di atas berbanding empat lagi pemain Malaysia yang bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik di tempat sendiri.