SNBJ akhirnya akan ikut standard SSI?
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang diketuai oleh pengerusi, Datuk Hans Isaac baru-baru ini telah melakukan kunjungan ke Stadium Sultan Ibrahim milik Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mempelajari ilmu mengenai stadium tersebut.
Menjelang perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan pada 16 November ini, PSM harus memastkan bahawa keadaan padang di SNBJ berada dalam keadaaan yang baik, tidak seperti kejohanan Pestabola Merdeka bulan lalu.
Justeru, diharapkan perjumpaan ini dapat memberi sesuatu impak positif kepada keadaan padang pada aksi 16 November ini.
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd Faidz Sanusi sebelum ini pernah mengatakan bahawa pihaknya menjadikan SSI sebagai penanda aras kepada penambahbaikan di SNBJ.
Katanya, ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon pernah memberitahu bahawa beliau mahukan fasiliti seperti di SSI dari segi bilik persalinan, gim dan lain-lain.
Jadi mungkin dengan lawatan yang dilakukan itu ia dapat memberi gambaran yang baik kepada pihak PSM untuk menjadikan fasiliti di SNBJ sama hebat dengan yang ada di SSI, sesuai dengan permintaan ketua jurulatih Harimau Malaya.
Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi semangat buat para pemain untuk bermain dengan lebih baik apabila fasiliti di SNBJ standing dengan yang ada di SSI.
Harapan peminat pastinya tinggi selepas apa yang berlaku pada kejohanan Pestabola Merdeka tempoh hari, justeru PSM harus terus memastikan bahawa insiden seperti itu tidak berlaku lagi dan SNBJ terus ditambah baik dari semasa ke semasa.