Saya tak percaya kita boleh lakukan ‘comeback’ lawan pasukan seperti Kyrgyzstan – Arif Aiman

849

Pemain sayap Harimau Malaya, Arif Aiman mengakui beliau tidak percaya mereka boleh melakukan kebangkitan daripada ketinggalan dua gol kepada Kyrgyzstan.

Katanya, selepas menjaringkan gol awal, mereka sedikit leka sehingga menyebabkan Kyrgyzstan berjaya menjaringkan dua gol sebelum separuh masa pertama tamat.


“Pada 30 minit pertama kita bermain dengan baik tetapi pada minit ke-40 mereka berjaya jaringkan dua gol.

Ia buatkan kita leka seketika, pada separuh masa kedua kami tidak mengalah dan buat yang terbaik untuk dapat tiga gol,”

katanya.

Katanya, perlawanan pada malam ini adalah wajib menang buat Malaysia bagi mengumpul tiga mata pertama dan juga mata ranking FIFA.

Arif mengakui beliau terkejut apabila dibolosi sebanyak tiga gol, dan bangga dengan persembahan yang ditunjukkan oleh para pemain.