Suttinon Panyo cemerlang hari terakhir untuk julang kejuaraan Toyota Tour Championship (ADT)

74

Pemain golf profesional Thailand, Suttinon Panyo mempamerkan aksi konsisten sepanjang empat hari kejohanan Toyota Tour Championship (ADT) untuk merangkul kejuaraan selepas mencatat 273 pukulan dengan 15 dibawah par.

Panyo yang turun pada hari terakhir sebagai pendahulu kekal tenang walaupun permainannya sedikit goyah.


“Cukup gembira dengan kemenangan ini dan bangga dengan diri saya,”

katanya.

Tidak hanya berjaya menjulang kejuaraan, pemain golf berusia 20 tahun itu juga berjaya melakukan pukulan hole in one pada hari kedua sekaligus memberikan kegembiraan berganda.

“Pada mulanya saya sendiri tidak tahu kerana saya tidak nampak di mana bola saya ketika itu, tetapi ada seorang penonton yang memberitahu bola saya berada dalam lubang.”

“Pada mulanya saya sendiri tidak tahu kerana saya tidak nampak di mana bola saya ketika itu, tetapi ada seorang penonton yang memberitahu bola saya berada dalam lubang.”

“Saya jadikan kemenangan ini sebagai pembakar semangat untuk saya terus pamer aksi konsisten kerana sasaran utama saya adalah untuk berada dalam kelompok 100 terbaik dunia.”