Setiap pemain bola sepak tidak boleh lari dari dikritik – Syihan Hazmi

228

Penjaga gol utama pasukan kebangsaan, Syizan Hazmi memberitahu sebagai seorang pemain bola sepak profesional mereka tidak boleh lari dari dikritik dan perlu bekerja seperti biasa selain terus tingkatkan prestasi.

“Sebagai pemain bola sepak profesional ktia tidak boleh lari dari dikritik. Kita hanya buat kerja kita dan teruskan apa yang kurang dan apa yang perlu diperbaiki.

Kita juga perlu beri lebih 100% dalam setiap perlawanan,”

katanya.

Menurut Syihan, tiada seorang pun penjaga gol yang mahu bolos banyak dalam satu perlawanan, namun terpaksa akur apabila ia terjadi.


“Tidak ada penjaga gol yang nak bolos banyak dalam satu perlawanan, benda nak jadi tetap akan terjadi.”

Terdahulu, Syihan dikritik hebat oleh segelintir peminat selepas beliau melepaskan tiga gol pada perlawanan pertama Kumpulan D, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 ketika menentang Republik Kyrgyz di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 November lalu.

Dalam pada itu, beliau turut berkata mereka tidak boleh mengambil mudah dengan mana-mana pasukan lawan tidak kira samada kedudukan ranking mereka rendah mahu pun tinggi.

Ini kerana beliau berkata dalam bola sepak apa sahaja terjadi dan Malaysia adalah contoh terbaik apabila berjaya menewaskan Republik Kyrgyz yang berada di kedudukan lebih tinggi berbanding skuad negara.

Skuad kendalian Kim Pan-gon berlepas ke Taiwan pagi tapi bagi menghadapi perlawanan kedua pada 21 November ini.