Piala Malaysia akan terima lebih ramai penyokong ke SNBJ kali ini?

255

Perlawanan Piala Malaysia bakal berlangsung tidak lama lagi.

Tanda tanya peminat tegar bola sepak negara sememangnya akan menjurus kepada kehadiran penuh penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Jika dilihatkan kepada jumlah penonton yang hadir pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 sewaktu Malaysia menentang Kyrgyzstan minggu lalu, jualan tiket seakan merundum dan tidak laris dengan pantas.

Menjelang perlawanan Piala Malaysia ini, mampukah stadium SNBJ mendengar sorakan melebihi 17,142 penyokong kali ini?

Salah seorang legenda bola sepak negara baru-baru ini juga telah menyatakan pandangan beliau tentang kesanggupan rakyat Malaysia yang lebih memilih untuk membeli jualan tiket konsert berbanding tiket perlawanan bola sepak.

Beliau sempat berkongsi kekecewaan melihat warga belia kini yang gigih mengumpul ratusan meskipun ribuan ringgit untuk menghadiri konsert.

Ini kerana pastinya rata-rata rakyat Malaysia mampu membeli tiket didalam lingkungan harga RM40 memandangkan mereka sanggup membeli harga tiket konsert yang menghampiri RM400.

Namun begitu, kehadiran peminat setia bola sepak negara di SNBJ dipercayai bukanlah suatu tanda tanya lagi kerana sudah tentu ramai yang penyokong akan membanjiri stadium keramat itu dengan hadirnya pasukan kelab kegemaran mereka berbanding pasukan kebangsaan.