PSM akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat berhubung keadaan padang selepas konsert Coldplay

720

Padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi gambar keadaan padang yang rosak selepas konsert band terkemuka Coldplay.

Gambar tersebut mendapat reaksi daripada banyak pihak yang menyuarakan kebimbangan mereka terhadap kondisi padang.


Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang dihubungi oleh Harimau Malaya tidak dapat memberikan sebarang komen buat masa ini.

Bagaimanapun wakilnyamemberitahu bahawa PSM akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat ini berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, konsert band dari United Kingdom itu telah mendapat sambutan yang cukup hangat apabila lebih 75,000 peminat membanjiri SNBJ.

Dalam pada itu, Pengerusi PSM iaitu Dato’ Hans Isaac di media sosial Instagram miliknya telah memuat naik gambar rumput baru yang akan digunakan untuk menggantikan rumput yang rosak.

“The work starts for 8th Dec Malaysian Cup Finals,”

tulisnya ringkas.