Daddyhood sedikit kesal apabila kurang dapat bantuan dari pasukan di Malaysia untuk berlatih
Pengasas pasukan e-sukan terkenal tanah air Homebois iaitu Daddyhood menyuarakan sedikit kekesalannya terhadap segelintir pasukan dalam negara apabila cubaan mereka untuk mengadakan latihan bersama pasukan lain gagal.
Daddyhood berkata demikian kerana pasukannya kini sedang membuat persiapan untuk ke kejohanan M5 World Championship pada bulan hadapan.
“Saya tidak mahu komen banyak mengenai perkara ini sangat kerana kita sentiasa bagi sokongan apabila ada pasukan dari negara yang akan bersaing di luar, tapi bila kita dalam situasi itu, kita kurang dapat sokongan.
Bukan tak dapat, mungkin mereka ada masalah-masalah lain. Kita nak salahkan mereka pun tak boleh sebab bukan kita yang bayar gaji mereka, jadi kita tidak boleh letakkan harapan tinggi.
Cuma bila kita berhadapan dengan pasukan luar, tidak mungkin screen dengan pasukan luar, jadi kita memilih untuk screen dalam kalangan pasukan dari Malaysia,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Beliau bagaimanapun memberi kredit kepada sebuah pasukan yang berada di Tier Two yang memberi sokongan pada Homebois yang mana ia bukan sahaja membantu pasukannya sahaja tetapi juga pasukan yang membantu mereka.
Dalam pada itu, walaupun kali pertama akan menyertai kejohanan M5 yang akan berlangsung Filipina namun Daddyhood percaya dengan kemampuan pasukannya untuk menjulang kejuaraan.
“Untuk pertama kali kita wakil negara di kejohanan dunia. Saya berharap Homebois dapat beri aksi terbaik kerana kita sasar untuk juara sebab semuanya boleh berlaku.
Tapi semua rezeki bergantung kepada Allah S.W.T.”