Ruang mungkin wujud buat pemain Jepun bersinar di JDT?

251

Bagaimana sekiranya kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki pemain hebat dari Jepun?

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) hari ini telah mengadakan suatu perjumpaan bersama wakil dari J.League di Tokyo bertujuan untuk mengembangkan jenama JDT ke Asia Tenggara serta menarik syarikat-syarikat besar Jepun untuk melabur di Johor.


Pertemuan yang dilihat berjalan lancar itu adalah diantara TMJ bersama Pegawai Eksekutif Korporat (Perniagaan Global) Tetsuya Aida dan Pengurus Besar Takeyuki Oya demi berdiskusi kebarangkalian Baginda untuk melabur dan membeli saham dalam bola sepak Jepun.

Dengan kerjasama erat diantara Johor dan Jepun sebegini, adakah ianya suatu masa yang terbaik untuk JDT membawa masuk salah seorang atau mungkin beberapa orang pemain Jepun ke kelab terbaik di Liga Super itu?

Sudah tentu pihak pengurusan JDT mahu bintang-bintang mereka untuk mempelajari corak permainan, teknik serta saling bertukar pandangan dengan pemain Jepun demi meneruskan kecemerlangan pasukan itu.

JDT yang merupakan salah satu pasukan yang bertanding di AFC Champions League dan disatukan bersama pasukan-pasukan dari Jepun iaitu Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai FC, pasti ingin memajukan pasukan setanding kelab dari negara matahari terbit itu.

Pemain Jepun yang beraksi untuk pasukan itu juga pastinya akan amat berbangga untuk muncul bersama JDT yang sememangnya pasukan terbaik di Malaysia.

Ianya pasti akan menjadi titik tolak yang baik buat pasukan itu terus berjaya seperti yang dapat kita lihat dari bertahun lalu sehingga ke hari ini.