Saya berlatih di ABM kerana fasiliti bagus, tapi kena biasakan diri bangun awal kerana latihan mula 6.45 pagi! – Anders Antonsen

609

Pemain badminton terkemuka Denmark, Anders Antonsen memilih untuk berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM) sebagai persediaan menghadapi Kejohanan BWF World Tour Finals kerana fasilitinya yang baik.

Bagaimanapun, beliau mengakui harus membiasakan diri dengan sesi latihan yang lebih awal kerana latihan di ABM bermula awal pada pukul 6.45 pagi.


“Selepas saya sah layak ke World Tour Finals, saya terus berfikir tentang Kuala Lumpur kerana saya tahu fasiliti di sini begitu baik, saya pernah berlatih di sini.

Jadi saya bertanya kepada jurulatih di sini dan mereka benarkan untuk saya berlatih beberapa minggu, tetapi di sini sesi latihan bermula awal dari pukul 6.45 pagi lagi jadi saya perlu biasakan diri,”

katanya.

Beliau berkata akan terus berangkat ke kejohanan tersebut yang akan berlangsung di Hangzhou, China daripada Kuala Lumpur.

Sementara itu, Antonsen berkata beliau mahu menang setiap perlawanan untuk menguji kemampuannya menentang pemain-pemain terhebat.

“Saya tak begitu fikir tentang sasaran tetapi saya tak pernah sertai sebarang kejohanan tanpa berharap untuk menang setiap perlawanan.

Saya nak uji diri menentang pemain-pemain terhebat di kejohanan ini, saya pernah menang BWF World Tour Finals pada 2020, jadi bagus sekiranya dapat ulangi lagi.”

Katanya saingan pada tahun ini begitu sengit dan beliau menjangkakan kempen yang sukar, lebih-lebih lagi dengan jadual yang padat.