Pasukan Malaysia menunjukkan prestasi yang semakin cemerlang – Adrian Prol Vazquez 

691

Delegasi Pembangunan Antarabangsa LaLiga-Malaysia menyifatkan pemain skuad Harimau Malaysia semakin membangun hari demi hari. 

“Pasukan Malaysia melakukan tugas yang sangat baik dalam membangunkan reputasi pemain mereka.”

“Mereka menunjukkan persembahan yang cemerlang jika diperhatikan beberapa bulan lalu, dengan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2023 buat pertama kali setelah menanti bertahun lamanya.”

Katanya kelmarin.

Adrian Prol Vazquez yang ditemui di SP Sports Park Kuala Lumpur percaya penambahbaikan juga dapat dilihat langkah demi langkah dengan adanya bantuan kejurulatihan dari Sepanyol didalam skuad kebangsaan.


Beliau juga mengharapkan akan ada pemain dari Malaysia yang berjaya mengembangkan sayap mereka ke liga Europa termasuk beraksi didalam LaLiga. 

Delegasi yang berasal dari Sepanyol itu sempat berkongsi sedikit ‘teaser’ mengenai cadangan membawa masuk pemain dari Malaysia melalui perlawanan percubaan LaLiga. 

Katanya pihak mereka sudah pun mengadakan perlawanan percubaan divisyen kedua bagi kelab AD Alcorcon namun keputusan hanya dapat diketahui kemudian memandangkan ianya diluar bidang kuasa beliau untuk mendedahkan maklumat lanjut.

“Ada seorang pemain yang bernama Amir Faruk yang berasal dari Kuala Lumpur, tapi saya hanya boleh berkongsi tentang itu beberapa minggu akan datang.”