LaLiga mengalu-alukan kolaborasi hebat bersama JDT
“Kami sedang mencuba apa yang kami mampu, namun semuanya terpulang kepada pihak pengurusan JDT”
Kenyataan dari Delegasi Pembangunan Antarabangsa LaLiga-Malaysia, Adrian Prol Vazquez kelmarin memberi bayangan bahawa LaLiga sentiasa terbuka untuk berkolaborasi bersama mana-mana kelab bola sepak kebangsaan terutamanya Johor Darul Ta’zim (JDT), namun masih belum menemui kata putus.
Beliau mengatakan ianya suatu ‘work-in-progress’ memandangkan pihak LaLiga mempunyai komunikasi yang baik bersama pasukan yang telah menjulang Piala Liga Super selama 10 kali berturut-turut itu.
“Kami tak mampu mendesak atau tidak menyokong apa-apa keputusan pihak atasan LaLiga untuk kerjasama antara JDT dan kelab-kelab dari Sepanyol.”
“Apa pun, ianya bergantung kepada mereka. Kami amat gemari namun masih belum ada jemputan setakat ini.”
Jawab Vazquez kepada Harimau Malaya.
Beliau turut memberi jawapan yang sama apabila disoal mengenai kerjasama dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan juga Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
“Kami (LaLiga) amat terbuka untuk berkolaborasi dengan mana-mana kelab bola sepak Malaysia.”
Ditemui di SP Sports Park Kuala Lumpur kelmarin, bangga Vazquez untuk mengumumkan tentang kerjasama terbaharu yang dinamakan ‘LaLiga Youth League’.
“‘LaLiga Youth League’ merupakan pelan jangka masa panjang dari LaLiga buat pemain-pemain muda di Malaysia.”
“Saya amat berbangga dengan kolaborasi bersama pasukan-pasukan dari luar negara.”