Apa cerita Razman Roslan dan Melaka United?

637

Razman Roslan dikhabarkan adalah antara pemain yang telahpun mendapat offer letter untuk kekal bersama Melaka United musim ini, namun beberapa hari yang lalu muncul pengumuman rasmi bahawa pemain senior tersebut tidak disenaraikan sebagai pemain yang kekal bersama pasukan sejurus isu tunggakan gaji yang hangat diperkatakan.

Ini menimbulkan persoalan, mengapa pengurusan Melaka menukar fikiran dengan menolak kehadiran Razman dalam pasukan itu? Adakah disebabkan Razman merupakan salah satu AJK tertinggi PFAM yang begitu memandang serius tentang isu penunggakan gaji? Atau kerana kelantangan beliau tentang kenyataan berhubung Coach Zainal?


Apabila ditanya, Razman mengakui pihak Melaka United ada menghubunginya bercakap mengenai perkara ini.

“Pihak MUFC ada menghubungi saya untuk mengatakan mereka ingin terminate offer letter yang mereka berikan sebelum ini, sebagai pemain profesional saya terima dengan hati yang terbuka tetapi bagi saya pihak MUFC juga profesional dengan memberi surat sebagai tanda hitam putih. Sudah hampir seminggu, mereka mengatakan ianya masih dalam proses draf”

Ujarnya kepada Harimau Malaya

Sehingga kini masih tidak jelas mengapa Melaka menyingkirkan Razman secara tiba-tiba dan pada masa yang sama juga menamatkan khidmat jurulatih mereka, Zainal Abidin Hassan yang telahpun menunjukkan satu pencapaian yang baik apabila Melaka layak ke separuh akhir Piala Malaysia musim lalu.

Malah sebelum ini dikhabarkan, beberapa pemain menunjukkan kesetiaan mereka untuk kekal bersama pasukan jika pengurusan mengekalkan Zainal. Nampaknya, beliau begitu disayangi pemain Melaka.

Jawapan yang diberikan Razman juga menimbulkan tanda tanya ada apa dengan pengurusan MUFC yang menunda-nunda untuk menyerahkan surat tersebut kepada Razman dan membuat pemain tersebut tertunggu-tunggu pengakhiran isu ini? Razman turut menegaskan, beliau akan menuntut hak yang sepatutnya sebagai pemain.

“Apabila perkara sebegini berlaku, sudah tentu mereka tahu apa akibatnya. Saya dah tentu akan buat sesuatu yang akan memulangkan semula hak saya”

Tegasnya kepada Harimau Malaya
Tonton video penuh sesi temuramah bersama Razman Roslan di channel YouTube Harimau Malaya

Disamping itu, Melaka nampaknya ‘sakan’ mengumumkan mengikat ramai pemain baru termasuklah import dari J-League, Emmanuel Oti, Justin Baas dari skuad kebangsaan Filipina dan mengikat semula bekas pemain import mereka sebelum ini, Ifedayo Olusegun di samping beberapa pemain tempatan.