Hannah Yeoh – figura inspirasi dari KBS buat rakyat Malaysia

136

“Majulah sukan untuk negara!”

Itulah konteks seiring harapan seluruh rakyat Malaysia dalam melihat kecemerlangan atlet tanah air di mata dunia.

Seringkali juga dapat kita saksikan penyatuan masyarakat berbilang kaum disebabkan sukan.


Oleh itu, jasa baik ‘tulang belakang’ disebalik setiap kejayaan yang dijulang harus kita sanjungi.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh merupakan mastermind saat ini yang bertanggungjawab dalam menggerakkan jentera pimpinan beliau.

Ianya semata-mata demi melihat kecemerlangan skuad kebangsaan, memudahkan serta menggalakkannya sukan di kalangan masyarakat dari pelbagai segi.

Namun, pernahkah kita terfikir tentang kepayahan Hannah dalam mengorak langkah setiap hari menuju visi yang beliau tetapkan?

“Jikalau boleh, saya akan cuba untuk melelapkan mata didalam kereta, 24 jam sehari seakan tidak cukup bagi saya.”

“Saya akan sentiasa berikan yang lebih baik akan datang. Rakyat dan semua jenis sukan pun adalah penting buat saya, dan sekiranya boleh, saya akan cuba sebaik mungkin lagi untuk terus mempelajarinya.”

Kata Hannah Yeoh suatu ketika dahulu.

Maka tidak hairanlah jika Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) pernah memuji kewibawaan dan semangat dedikasi Hannah dalam menjalankan tugas sebagai tunjang utama KBS.

Ruang masih terbuka luas buat Hannah namun banyak sekali pencapaian KBS jika dilihat sepanjang pentadbiran beliau setakat ini.

Antaranya dengan membuka fasiliti Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kepada sekolah secara percuma sempena hari sukan, membangunkan kod sukan selamat demi menjamin hak dan kebajikan komuniti sukan, melancarkan sekolah rukun negara untuk memastikan anak muda memahami isu-isu demokrasi dan kenegaraan dan banyak lagi.

Setiap usaha beliau mampu dijadikan teladan yang baik buat ramai orang yang turut menyokong kemajuan sukan yang dibawakan menteri itu.

Semoga KBS dibawah pengurusan Hannah Yeoh akan terus maju dan sukses dalam meletakkan nama Malaysia kekal dipersada sukan antarabangsa.