TMJ banyak keluarkan duit untuk kemajuan JDT dan bola sepak Malaysia – Esteban Solari
“Terima kasih banyak TMJ.”
Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim Esteban Solari menyifatkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) sebagai mastermind yang mendorong segala kejayaan bagi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Beliau sempat menzahirkan rasa syukur atas peluang untuk dilantik menjadi jurulatih pasukan yang telah mengungguli carta Liga Super selama sepuluh tahun berturut-turut itu.
“Mengemudi kelab JDT bagaikan sebuah projek untuk terus improve setiap perlawanan.”
“Pemain JDT mempunyai mentaliti champion. Contohnya hari ini, ianya merupakan persembahan yang sukar namun kita tetap berjaya. Kita memiliki ramai pemain yang hebat dan muda juga.”
“Bukan sahaja menyumbangkan pelbagai kemudahan dari semua aspek untuk JDT, TMJ juga membantu MFL untuk terus membangunkan skuad Harimau Malaya demi mencapai kecemerlangan berterusan.”
Katanya.
Jurulatih itu akui baginda kerap memberikan dirinya motivasi untuk mendorong kelab itu.
Ditemui sewaktu sesi sidang media selepas perlawanan akhir Piala Malaysia diantara JDT menentang Terengganu FC malam semalam, jurulatih itu mengatakan dirinya amat berbangga dalam merangkul gelaran keempat itu.
“Ianya suatu perlawanan yang sukar, Terengganu FC juga bermain dengan baik dan menyamakan kedudukan dengan secara.”
Esteban turut menyatakan kerisauan beliau jika anak buahnya tercedera diakibatkan boleh keadaan padang yang kurang baik, ditambah pula sewaktu hujan lebat.
“Sekali lagi, bagi saya setiap gelaran juara yang kami menangi adalah untuk ke semua para pemain.”