Ini bukan solusi jangka panjang, TRW Kelantan patut berani akui kegagalan dan selesaikan masalah!
Memegang rekod tercorot liga sehingga dibolosi sebanyak 121 gol bukanlah suatu perkara yang boleh dibanggakan.
Malahan tiada sebarang bantuan ‘istana’ yang mampu mengubah kedudukan skuad The Red Warriors jika pelbagai isu dalaman dan asas masih belum dapat diselesaikan.
Harapan setinggi itu demi menyelamatkan sesebuah kelab bola sepak sehingga disamakan dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC dan juga Sri Pahang FC adalah tindakan yang tidak adil.
Ini kerana pasukan-pasukan tersebut mempunyai kelebihan dalam mengatasi halangan serta masalah pengurusan kelab dengan baik.
Mengapa masih meminta untuk penswastaan sedangkan pasukan itu telahpun berakhir dengan ‘FC’ yang menandakan ianya telah diswastakan dan dikenali sebagai Kelantan FA.
Jika pasukan Kelantan masih belum bersedia untuk teruskan persaingan di Liga Super, mereka pastinya boleh beraksi di Liga M3 dan Liga M4.
Contoh sedemikian dapat dilihat melalui pasukan KL Rovers FC yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menyedari kelayakan skuad mereka untuk bersaing di liga yang lebih tinggi atas sebab kewangan yang belum cukup stabil.
Bagaimana ingin kita melihat penambaikan yang besar seperti kedatangan pelabur serta pemilik baharu, lokasi latihan yang lebih efisyen , jet peribadi, penajaan VAR kepada MFL? Sedangkan konflik mengenai lewat pembayaran gaji termasuk layanan kurang baik masih tidak dapat terlerai diantara pemain dan jurulatih (yang bekas mahupun semasa).
Dari terus mengharapkan bantuan Diraja, mungkin pihak pengurusan Kelantan FC boleh duduk berbincang secara telus dalam merangka perancangan jangka masa panjang buat pasukan itu.
Kenapa pihak pengurusan pasukan itu lebih memilih untuk seakan menyerah kalah dan memohon bantuan dari ‘istana’?
Memperbaiki permasalahan yang sudah berlarutan sekali gus membina semula empayar Kelantan FC seperti dahulu kala.
Para penyokong tegar pasukan itu pastinya menanti-nantikan kebangkitan skuad itu kembali.
Sebagai rekod, suatu masa dahulu pasukan itu pernah beraksi cemerlang sebanyak enam kali di pentas akhir Piala Malaysia iaitu pada tahun 1955, 1970, 2009, 2010, 2012 dan terbaru 2013.
Sehinggakan mereka mampu menjulang trofi Piala Malaysia pada tahun 2010 dibawah naungan jurulatih B. Sathianathan.
Disamping bintang-bintang hebat ketika itu antaranya Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Badhri Mohd Radzi, Indra Putra Mahayuddin, Hairuddin Omar dan juga Norshahrul Idlan Talaha.
Ke manakah perginya zaman kegemilangan The Red Warriors di dalam kejohanan bola sepak tanah air kini?